
Pekerja ladang sawit maut tertusuk sabit
JASIN 14 Sept. – Lelaki pekerja ladang sawit maut selepas dipercayai tertusuk sabit pemotong sawit dalam kejadian di sebuah ladang, di Asahan, di sini, hari ini.
Kejadian yang dikatakan berlaku kira- kira jam 11.15 pagi itu mengakibatkan mangsa warga Indonesia berusia 32 maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira- kira jam 11.20 pagi daripada polis bantuan ladang berkenaan.
Beliau berkata, polis yang menerima maklumat terus bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring di tanah dengan berlumuran darah.
“Ketika kejadian mangsa dikatakan cuba mengelak tandan sawit yang mahu menghempapnya.
“Siasatan awal dijalankan mendapati mangsa disyaki terkena sabit pemotong buah sawit dibahagian sebelah kiri dan terkena jantung,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
Views:
Related
Berita Lain
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...
RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA
SERI NEGERI 29 April - Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023...
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...