
Pemindahan secara berperingkat ke TNB MITC
AYER KEROH 14 Sept. – Kira- kira 50 peratus kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka di Banda Kaba sudah berpindah ke bangunan baharu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka Ir. Khairizam Ibrahim berkata, proses pemindahan sejak Ogos itu kini sedang dijalankan pihaknya dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Januari depan.
“Proses pemindahan sedang berjalan dan kira-kira 50 peratus kakitangan dari TNB Banda Kaba sudah berpindah ke bangunan baharu secara berperingkat.
“Kita jangkakan ‘frontline TNB’ ini akan berpindah ke bangunan di MITC secara total menjelang Januari 2021,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya kini sedang menguruskan pelan komunikasi dengan semua pihak berkepentingan susulan pemindahan ini.
Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, pengurusan TNB diminta menguruskan proses perpindahan pada Ogos, memandangkan bangunan baharu itu sudah siap selain fasilitinya juga boleh digunakan.
Beliau berakta, walaupun berpindah ke premis baharu namun, bangunan Banda Kaba yang sudah beroperasi lebih 40 tahun masih akan dibuka bagi urusan berkaitan.
“Perpindahan ini akan membabitkan kira- kira 200 pekerja dan diharap akan berlaku secepat mungkin kalau boleh pada Ogos proses perpindahan sudah berlaku,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...