Sorting by

×

Infineon komited labur RM3.25 bilion – PM

Masa Membaca:52 Saat

BATU BERENDAM 14 Sept. – Sektor perkilangan menyumbang sebanyak 22.3 peratus kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuklah industri elektronik yang menjadi penyumbang utama dalam sektor itu berdasarkan jumlah pelaburan daripada syarikat antarabangsa seperti Infineon.

Menurutnya, komitmen pelaburan Infineon untuk melabur adalah sejumlah RM3.25 bilion dalam jangka masa 10 tahun sehingga 2029.

“Melalui pelaburan ini, Infineon telah membuka jalan untuk merancakkan nilai rantaian sektor semikonduktor ke arah proses berkeuntungan tinggi seperti ‘Packaged Integrated Circuit’.

“Pelaburan ini menjadi mercu tanda dalam hubungan kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia-Jerman dan juga simbol tahap keyakinan yang tinggi oleh pelabur asing terhadap kestabilan dan daya tarikan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Ujarnya, dengan pengalaman 40 tahun dalam bidang semikonduktor automotif, Infineon membuktikan keupayaannya untuk terus memacu industri elektronik maju ke hadapan.

“Justeru, kerajaan mengulangi komitmen untuk terus mewujudkan persekitaran pelaburan yang sihat di dalam negara ini.

“Kerajaan juga akan terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terbaik di Asia Tenggara bagi menggalakkan pelabur terus menambah pelaburan di negara,” katanya lagi.

Views:

833
Kongsi :
Previous post PM lawat operasi Kilang Infineon
Next post Usaha wujud produk pelancongan baharu Melaka
Ubah saiz-+=