Sorting by

×

Suara wartawan boleh didengari dengan kewujudan badan induk – ISWAMI

Masa Membaca:40 Saat

BANDA HILIR 29 Mei – Wartawan di negara ini perlu ada satu badan atau persatuan induk untuk menyampaikan suara-suara wartawan.

Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI), Datuk Mokhtar Hussain berkata perkara itu wajar untuk suara wartawan didengari di peringkat lebih tinggi.

Katanya, meskipun terdapat persatuan media di setiap negeri namun perlu ada badan induk yang menghimpunkan semua wartawan untuk menyampaikan idea atau apa-apa cadangan menerusi satu suara.

MELAKA 29 MAY 2022. Presiden ISWAMI, Datuk Mokhtar Husain berucap pada Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Hotel Hatten, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. Azli

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada Forum Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Hotel Hatten, di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

789
Kongsi :
Previous post Peniaga dakwa ditipu ‘Datin Ida’ sertai pelaburan hari raya
Next post Agong zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional kepada pengamal media
Ubah saiz-+=