Sorting by

×

Remaja lemas ketika mandi sungai

Masa Membaca:53 Saat

SHAH ALAM, 28 Mei – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Sungai Kembung, Pulau Indah, hari ini.

Remaja berusia 14 tahun yang dipercayai tidak pandai berenang ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 4 petang tadi.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.26 petang.

“Kejadian melibatkan tiga remaja lelaki berumur 10 dan 15 tahun yang dipercayai hanyut dibawa arus berhampiran Jeti Nelayan Sungai Kembung ketika mandi di tebing selat yang mana kedalaman air ketika kejadian adalah 10 kaki.

“Dua daripada remaja itu masing-masing diselamatkan orang awam dan berjaya berenang ke tebing manakala seorang lagi mangsa ditemukan lemas serta disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata gerakan operasi mencari mangsa dijalankan sepasukan 16 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang selain operasi turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1579
Kongsi :
Previous post Makan Malam HAWANA julang jasa wartawan
Next post Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA hari ini
Ubah saiz-+=