Penularan ideologi, pemikiran bercanggah ajaran Islam dipantau
KUALA LUMPUR 14 Sept – Kerajaan memandang serius mengenai penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti Syiah, liberalisme dan pluralisme agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata beberapa langkah dilaksanakan kerajaan bagi membendung perkara itu daripada tersebar luas dalam kalangan masyarakat.
Antaranya, mengeluarkan hukum, mewartakan fatwa dan perundangan, memberi penjelasan serta penerangan kepada masyarakat, selain menyediakan kurikulum pendidikan peringkat rendah atau Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
“Perkembangan fahaman-fahaman itu di negara ini masih terkawal dan belum berada di tahap yang membimbangkan.
“Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri dan agensi keselamatan sentiasa memantau kewujudan aktiviti kumpulan ini bagi mengekang penularan fahaman-fahaman itu dalam kalangan masyarakat di negara ini,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Sabani Mat yang mahu tahu langkah diambil kerajaan bagi mengekang penularan fahaman berkenaan serta statistik terkini goolongan yang terlibat dengan fahaman itu.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...