Sorting by

×

Rumah terbuka MAIM meriah dihadiri TYT dan isteri

Masa Membaca:54 Saat

BUKIT PALAH 27 Mei – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), hari ini.

Sambutan yang diadakan di Pusat Islam Melaka itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Antara yang turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu EXCO Hal Ehwal Wanita Datuk Kalsom Nordin dan Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, majlis rumah terbuka itu berlangsung dalam suasana meriah apabila dihadiri tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.

“Tetamu yang datang bukan sahaja beragama Islam malah turut dimeriahkan dengan mereka yang bukan beragama Islam dan ini menunjukkan jalinan ukhwah yang baik serta harmoni.

“Tetamu kita jangkakan lebih 5,000 orang dan terdapat 10 gerai yang menyediakan pelbagai hidangan serta buah-buahan untuk hadirin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1047
Kongsi :
Previous post Sukan SEA: Tiada kilauan pingat namun prestasi skuad bola sepak B-23 tetap baik
Next post Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Guru Berdikasi Cambridge 2022
Ubah saiz-+=