Sorting by

×

6,000 beraya di Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Serkam bersama PBT

Masa Membaca:47 Saat

SERKAM 26 Mei- Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munirah M Yusop dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah, Speaker DUN Datuk Ibrahim Durum, EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan EXCO kerajaan negeri, ADUN serta kenamaan lain.

Majlis bermula jam 8 malam hingga 11 malam di dewan JAPERUN Serkam itu dihadiri kira-kira 6,000 tetamu.

Rumah terbuka Aidilfitri itu juga merupakan anjuran bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan merangkap EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri bersama semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1441
Kongsi :
Previous post JBPM mohon pemanjangan elaun anggota bertugas syif – KP Bomba
Next post Daun ketum RM 153,000 terapung di laut
Ubah saiz-+=