Cemas, kepala anak tersangkut di jeriji besi
KRUBONG 26 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit pada pintu jerigi besi di kediamannya di Taman Krubong Jaya, di sini, petang tadi.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 1.30 petang sebelum mangsa berusia setahun enam bulan itu diselamatkan sepasukan bomba.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.36 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika pasukan bomba tiba kami mendapati kepala kanak-kanak terbabit tersepit pada pintu jeriji dan tidak dapat dikeluarkan.
“Mangsa yang berada dalam keadaan menangis ditenangkan bapanya dan bomba melakukan operasi menyelamat,” katanya.
Beliau berkata, operasi menyelamat dijalankan dengan teliti dan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang perkara merbahaya berlaku.
“Kepala kanak-kanak itu berjaya dibawa keluar kira-kira 10 minit selepas operasi dijalankan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA SERIUS PERKASA TVET
AYER KEROH 20 November - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka mengambil beberapa pendekatan...
TEATER FANTASI CAT CIT COT IMBAU SUASANA PANDEMIK COVID-19
AYER KEROH 20 November - Menggunakan Geran Sektor Kebudayaan (GSSK 2024) Sikunang Venture dengan kerjasama Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) bakal...
100 USAHAWAN MHH MERIAHKAN FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
SERKAM 20 November - Sebanyak 100 usahawan tempatan yang berpusat di Melaka Halal Hub (MHH) Serkam akan mengambil bahagian pada...
‘JADI EXCO KESIHATAN SATU CABARAN’
AYER KEROH 20 November - Tidak pernah berada dalam bidang kesihatan mahupun bergelar doktor bukan penghalang untuk seorang pemimpin menggalas...
MEDIA BANTU SEBARKAN FUNGSI, PERANAN APM
AYER KEROH 19 November - Peranan media menjadi platform penting dalam menyebarkan fungsi dan tugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)...
LEBIH 15,000 INDIVIDU BEKERJA SENDIRI DI MELAKA CARUM SKSPS
BANDA HILIR 19 November - Seramai 15,741 orang telah berdaftar dan mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi...