Sorting by

×

Bomba Melaka selamatkan harta benda RM1.8 juta daripada musnah terbakar

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

BUKIT KATIL 26 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menyelamatkan harta benda bernilai RM1.8 juta daripada musnah terbakar sepanjang musim perayaan Aidilfitri dari 25 April hingga 9 Mei lalu.

Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata pihaknya sepanjang tempoj sama pihaknya menerima 148 panggilan kecemasan membabitkan kebakaran dan menyelamat.

Katanya, daripada jumlah itu, lapan panggilan kecemasan membabitkan kebakaran bangunan yang mengakibatkan seorang cedera manakala 18 melibatkan kebakaran elektrik; kebakaran kenderaan (6) dan kebakaran terbuka (16).

“Mangsa terjejas kebakaran mengalami kerugian RM246,495 sepanjang tempoh dua minggu itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis sambutan Aidilfitri JBPM Melaka di sini.

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman serta 2,000 tetamu memabitkan warga JBPM Melaka dan jemputan.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari serta EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan.

Abu Bakar berkata antara punca kebakaran itu adalah kelalaian manusia dan penggunaan elektrik secara berlebihan.

ABUBakar (kanan) bersama TunMohd Ali dan Sulaiman pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri JBPM Melaka.

“Seperti biasa pada musim perayaan terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri, orang ramai fokus pada aktiviti masak dan perkumpulan keluarga. Jadi kebanyakan kes kebakaran adalah berpunca daripada sikap tiga ‘L’ iaitu lalai, leka dan lupa.

“Mereka lupa bahawa setiap aktiviti yang dilakukan mengundang risiko kepada kebakaran dan mereka lalai untuk melakukan sesuatu aktiviti serta leka bahawa aktiviti dilakukan itu perlu diberi perhatian.

“Selain itu, penggunaan elektrik berlebihan turut menjadi punca kes kebakaran bangunan berlaku. Contohnya, pada musim perayaan ahli keluarga berkumpul, masing-masing hendak mengecaj telefon dan keadaan itu mengakibatkan penggunaan elektrik berlebihan sekali gus mencetuskan litar pintas,” katanya.

Sementara itu Abu Bakar berkata, dalam tempoh itu pihaknya menjalankan 99 operasi penyelamatan membabitkan pelbagai insiden termasuk kemalangan, binatang berbiza, mangsa terkunci sama ada dalam rumah atau kenderaan, pokok tumbang dan tumpahan minyak.

Jelasnya, dalam operasi itu seramai 35 individu cedera manakala 19 lagi selamat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

996
Kongsi :
Previous post Asia boleh main peranan terajui dunia yang berbelah pendirian – Ismail Sabri
Next post 202 mangsa terjejas, tiga daerah di Perak dilanda banjir
Ubah saiz-+=