
Wanita hilang ketika mandi di Pantai Penunjuk ditemukan lemas
KEMAMAN, 25 Mei – Seorang wanita yang dilaporkan hilang ketika ketika mandi bersama suaminya di Pantai Penunjuk, Kijal di sini Jumaat lepas, ditemukan lemas malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mayat Rokiah Abd Rahman, 59, ditemukan terapung pada 7.30 malam oleh beberapa pekerja chalet di Pantai Air Tawar berdekatan Pulau Tenggol, Dungun kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian.
“Pasukan penyelamat telah menerima laporan dari beberapa pekerja chalet mengenai penemuan objek seperti manusia. Polis dan bomba dengan bantuan orang awam telah pergi ke lokasi tersebut dan membawa mayat ke darat.
“Mayat tiba di Jeti Kuala Kemaman kira-kira 3 pagi dan proses pengecaman telah dibuat oleh dua waris di Unit Forensik Hospital Kemaman,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Pada awal pagi Jumaat lepas, Rokiah dan suaminya Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, dari Temerloh, Pahang datang bercuti di pantai tersebut bersama empat anak mereka sebelum kedua-duanya hilang akibat arus deras.
Mayat Ahmad Qarib bagaimanapun ditemukan terapung oleh dua pemancing kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada 2.10 petang hari sama.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
