Sorting by

×

JPKKB perlu berani lakukan transformasi untuk kemajuan kampung – Sulaiman

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 23 Mei – Pengerusi, Setiausaha dan barisan kepimpinan baharu Jawatankuasa Pembangunan Kampung Bagi Kampung Baru (JPKKB) perlu berani melakukan trasformasi kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata, perkara itu penting untuk kearah kebaikan dan kemajuan kampung baru selain dapat melaksanakan amanah kerajaan serta masyarakat tempatan yang diwakili dengan penuh integriti.

“Saya difahamkan keahlian JPKKB di Melaka adalah seramai 299 orang mewakili 23 kampung baru, dengan dibantu Pegawai Kemajuan Kampung Baru (PKP) dalam menguruskan hal ehwal pembangunan dan kebajikan di Kampung Baru Cina.

“Harapan saya adalah semua yang dilantik memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya sesuai dengan penubuhan JPKKB untuk menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JPKKB Negeri Melaka Tahun 2022-2023 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Zaidi Johari, EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1347
Kongsi :
Previous post Pak Wan ulangi pendirian pertahan Parlimen Alor Gajah
Next post Empat pelajar mengaku bersalah pukul junior
Ubah saiz-+=