Sorting by

×

Pembantu khas wakil rakyat maut basikal terbabas turun cerun

Masa Membaca:39 Saat

IPOH, 23 Mei – Pembantu khas kepada seorang wakil rakyat maut, selepas terjatuh dari basikal dinaikinya ketika menuruni cerun di kawasan Jalan Simpang Pulai, petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki tersebut, Foo Hua Bin, 34, dipercayai sedang menuruni cerun dari Cameron Highlands-Simpang Pulai sebelum hilang kawalan, terbabas dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

“Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 2.35 petang. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata orang ramai, khasnya peminat sukan berbasikal agar mengamalkan sikap berhati-hati di jalan raya, khususnya di kawasan cerun yang merbahaya selain memastikan aspek mekanikal basikal dalam keadaan baik, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1380
Kongsi :
Previous post Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Next post Khairy dilantik naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75
Ubah saiz-+=