Sorting by

×

Terima kasih orang Melaka, meriahkan rumah terbuka – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MASJID TANAH 21 Mei – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di Kompleks Sukan Masjid Tanah, malam tadi.

Lebih menggembirakan beliau apabila majlis rumah terbuka berkenaan turut dikunjungi tetamu dari seluruh negeri Melaka.

“Sambutan kali ini dilihat meriah setelah dua tahun kita tidak anjurkan secara besar-besaran dan ia memuaskan hati saya malam ini.

“Ini kali pertama saya anjurkan majlis meriah seperti ini selepas dilantik menjadi Ketua Menteri dua tahun lalu.

“Semua penganjuran rumah terbuka meriah kerana dulu kita tak dapat laksanakan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan inilah masanya kita raikan bersama,” katanya.

Namun disebalik kegembiraan Sulaiman tetap mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) pandemik masih belum berakhir.

Beliau dan isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop juga mengambil peluang menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan sambutan itu.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana bersama-sama membantu menganjurkan rumah terbuka ini termasuk kepada urusetia program dan ramai lagi yang bekerjasama menjayakannya.

“Terima kasih juga kepada pengunjung yang tidak putus-putus hadir pada malam ini meraikan bersama dalam suasana Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1394
Kongsi :
Previous post 20,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lendu
Next post KKM pantau ancaman virus cacar monyet
Ubah saiz-+=