
Naik beca percuma ke Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lendu
MASJID TANAH 21 Mei – “Tak sangka ingatkan berbayar rupanya memudahkan kita yang parkir jauh untuk menghadiri program ini,” kata Jefrizul Che Mat.
Jefrizul adalah salah seorang pengunjung yang menggunakan perkhidmatan beca ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, malam tadi.
Dia bersama lapan ahli keluarga dari Taman Bidara menghadiri rumah terbuka itu menaiki kereta dan terpaksa parkir jauh hampir satu kilometer dari lokasi majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah.
“Alhamdulillah rupanya beca percuma disediakan buat pengunjung yang datang jadi tidaklah kami penat nak jalan jauh,” luahnya.
Terdahulu tinjauan MHI mendapati beca dihiasi lampu secara tidak langsung memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka berkenaan.
Sebanyak lapan buah beca disediakan pihak penganjur buat kemudahan mengantar dan mengambil pengunjung.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...