
Orang Melaka jom meriahkan rumah terbuka Ketua Menteri
AYER KEROH 21 Mei – Lebih 20,000 tetamu dijangka hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lendu di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini, malam ini.
Pegawai Perhubungan Kebajikan dan Operasi Ketua Menteri, Mohd Jamian Maharam berkata, pihaknya melakukan persiapan rapi sejak tiga hari lalu bagi memastikan kelancaran majlis.
Katanya, sebagai tuan rumah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop turut meluangkan masa untuk melihat sendiri perkembangan persiapan sambutan majlis berkenaan.
“Bagi memastikan tetamu berpuas hati kami sediakan 20 jenis aneka makanan seperti rendang, lemang, kambing ‘grill’, sate dan minuman.
“Selain itu kami juga sediakan empat kendera saji (food truck), Ketua Menteri amat mengalu-alukan kehadiran untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri DUN Lendu malam ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...