Sorting by

×

N.Sembilan rekod 2,249 kes HFMD dari Januari hingga semalam

Masa Membaca:55 Saat

SEREMBAN, 20 Mei – Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 2,249 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari tempoh Januari hingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata kumulatif kes pada minggu semasa adalah sebanyak 766 kes iaitu peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

“Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,358 kes, Port Dickson (274), Jempol (200), Rembau (197), Kuala Pilah (87), Tampin (83) dan Jelebu (50).

“Kumulatif wabak HFMD di negeri ini pada tahun ini adalah 35 dan daripada jumlah itu hanya empat wabak yang masih aktif iaitu tiga di Jempol dan satu di Kuala Pilah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata peningkatan kes yang ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas antara lain adalah berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam.

Veerapan berkata ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar anak ke sekolah atau tadika jika mengalami gejala HFMD seperti demam, ulser di mulut, lepuh di tangan atau kaki.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1076
Kongsi :
Previous post PM Ismail Sabri ajak Keluarga Malaysia kecam kekejaman Zionis terhadap Palestin
Next post Menara Taming Sari tawar potongan 20 peratus sehingga tengah malam ini
Ubah saiz-+=