Penduduk Kampung Pulai bakal dapat jalan perhubungan baharu
SERKAM 19 Mei – Sebuah jalan perhubungan desa akan dibina di Kampung Pulai demi keselesaan penduduk.
Setiausaha JAPERUN Serkam, Roslan Abdul berkata, jalan baharu itu dapat dimanfaatkan untuk kemudahan penduduk setempat selain dapat menjimatkan masa.
“Jalan ini adalah jalan yang lama, orang kampung telah gunakan jalan alternatif atau jalan perhubungan ini lebih 30 tahun, namun terdapat sedikit isu pemilikan tanah serta pemilik asal tanah di hendak membina rumah.
“Jadi pihak JAPERUN dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta agensi kerajaan berkaitan mengambil inisiatif untuk membuat jalan baharu di sempadan tanah pemilik dan semua isu telah selesai.
“Jalan ini akan siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu ujarnya, JAPERUN Serkam turut mengambil inisiatif mengedarkan 40 biji kek kepada semua sekolah di Serkam bersempena Hari Guru yang disambut 16 Mei lalu.
“Pemberian satu kek satu sekolah ini sebagai simbolik pemimpin masyarakat menghargai tenaga pendidik yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan masyarakat, khususnya guru-guru di bawah DUN Serkam,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...