Sorting by

×

Artifak sejarah baharu akan muncul di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KOTA LAKSAMANA 18 Mei – Artifak sejarah terbaharu akan muncul di Melaka melalui kerja-kerja penggalian terowong lama yang sedang berjalan di sekitar Bukit Melaka ketika ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, bentuk bahan sejarah itu masih belum didedahkan memandangkan ia masih lagi di peringkat kajian.

Pada masa yang sama, menurutnya, pendedahan awal berkaitan perkara itu dikhuatiri akan menjejaskan kerja-kerja penggalian terowong di kawasan berkenaan.

“Penggalian terowong masih lagi dalam peringkat kajian dan akan ada artifak sejarah baharu yang akan muncul di Melaka melalui kerja-kerja pengalian di terowong ini,” katanya.

Difahamkan kerja-kerja penggalian terowong di sekitar Bukit Melaka telah berjalan sejak tahun 2020.

Menurut Akramuddin, kerja-kerja penggalian terowong lama tersebut dijangka mengambil masa agak lama selain memerlukan beberapa peringkat kajian lanjut mengenainya dibuat.

“Kajian untuk mengenal pasti tapak sebenar Istana Melaka sendiri dari dulu sampai sekarang masih belum dapat diputuskan serta memerlukan kajian lanjut.

“Begitu juga dengan kerja-kerja galian terowong lama ini, cuma kita boleh katakan Melaka nanti akan mempunyai artifak sejarah baharu melalui kerja-kerja mengali terowong ini,” ujarnya.

Berdasarkan perkembangan itu, kata beliau, pihaknya berharap agar kerajaan Pusat melalui kementerian terlibat dapat memberi tumpuan serius dengan membantu PERZIM melaksanakan projek itu dengan berkesan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1264
Kongsi :
Previous post Lima lelaki ditahan bakar mercun tepi Plaza Tol Setia Alam
Next post Eksport madu kelulut ke Singapura selepas 15 tahun
Ubah saiz-+=