Sorting by

×

Lebih 500 tan sampah domestik dikutip sehari pada minggu kedua Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 17 Mei – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka merekodkan sebanyak 555.13 tan sampah domestik dikutip sehari bagi minggu kedua Aidilfitri.

Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Mutalib berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 23.71 tan sisa domestik berbanding 531.42 tan sehari bagi tempoh sama tahun lalu.

“Bagaimanapun, bagi minggu pertama Aidilfitri menunjukkan penurunan sisa domestik iaitu sebanyak 551.30 tan sehari berbanding 554.16 tan sehari bagi tahun 2021.

“Manakala kutipan sisa pukal pula pada minggu pertama Aidilfitri ialah sebanyak 64.02 tan sehari berbanding 69.25 sehari pada tahun 2021 bagi minggu yang sama.

“Bagi minggu kedua Aidilfitri pula sisa pukal yang dikutip sebanyak 67.79 tan sehari berbanding 75.31 tan sehari pada 2021 sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 7.52 tan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Menurut Khairuladha data berkenaan direkodkan bagi kawasan di bawah pentabiran SWCorp Melaka.

“Data berkenaan adalah perbandingan trend sampah dikutip sempena Aidilfitri bagi tahun 2021 dan 2022, data ini juga direkodkan bermula 3 hingga 15 Mei (semalam).

“Jumlah kutipan sampah tersebut meliputi kawasan taman perumahan, pusat tong sampah di kawasan kampung, pasar, tempat awam, medan selera dan sebagainya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7002
Kongsi :
Previous post Songkok Husien jadi pilihan kenamaan, selebriti
Next post ‘Bunuh’ orang tengah mampu kawal kenaikan sayur, baja
Ubah saiz-+=