
70 terperangkap di air terjun akibat kepala air
ASAHAN 16 Mei – Seramai 70 pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Laman Tiga budaya, di sini, hari ini cemas akibat terperangkap berikutan arus deras berpunca daripada kejadian kepala air.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1 tengah hari daripada orang awam sebelum jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin bergegas ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan maklumat awal diterima mangsa membabitkan 70 individu, sejurus sampai di lokasi kami terus melakukan persediaan untuk menyelamatkan mereka terperangkap.
“Setakat jam 3 petang tadi pasukan operasi berjaya menyelamatkan 30 mangsa manakala baki 40 orang lagi masih terperangkap,” katanya.
Beliau berkata, diharapkan operasi menyelamatkan kesemua mangsa berkenaan berjalan lancar berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...