Sorting by

×

Buang sampah sesuka hati, mentaliti segelintir masyarakat masih rendah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

REMBIA 16 Mei – Mentaliti segelintir masyarakat di negeri ini masih rendah memandangkan masih ada yang mengambil sikap sambil lewa terhadap pengurusan sampah (sisa pepejal) di persekitaran mereka.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Rembia mendapati terdapat kawasan yang dilonggokkan sampah sesuka hati hingga mencemarkan imej kawasan berkenaan.

Kelihatan juga longgokan sampah telah dibakar tanpa keizinan yang boleh mengakibatkan pencemaran bau dan udara kepada komuniti di sekitar kawasan berkenaan.

Tindakan itu menyebabkan pekerja pembersihan mengalami kesukaran dalam mengutip sampah yang ditinggalkan dan membersihkan kawasan persekitaran berkenaan.

KELIHATAN sampah-sampah yang dibakar tanpa keizinan pihak berkuasa tempatan.

Menurut seorang pekerja pembersihan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) yang enggan dikenali, sampah yang dikutip bukan hanya dibakar malah sisa bahan basah seperti lemak ayam juga tidak diuruskan dengan betul.

Ini jelas menunjukkan mentaliti masyarakat masih di takuk lama dan mungkin masih ada yang memandang remeh dalam pengurusan sisa pepejal yang dibuang dari kediaman atau premis perniagaan mereka.

Melaka Hari Ini sejurus itu melakukan tinjauan di kawasan Tanjung Minyak dan mendapati perkara yang sama turut berlaku yang mana sampah hanya dilonggokkan di tepi tong yang disediakan.

Bukan hanya dilonggokkan, malah tidak dimasukkan dan diikat dalam plastik sampah dengan betul sehingga bocor, mengeluarkan air dan bau yang tidak menyenangkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1605
Kongsi :
Previous post Tiga beradik sanding serentak
Next post Pertukaran guru: KPM susun semula proses libatkan 4 kali pertukaran setahun
Ubah saiz-+=