Sorting by

×

Lebih 2,600 perwakilan hadir Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LUMPUR 15 Mei – Perhimpunan Agung Khas UMNO yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini dianggarkan dihadiri lebih 2,600 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.

Memetik laporan UMNO Online, seawal jam 10 pagi, semua perwakilan UMNO termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO mula tiba di majlis berkenaan.

Perhimpunan Agung Khas UMNO yang berlangsung sehari itu dilaksana bertujuan untuk meminda perlembagaan parti selaras dengan apa yang telah diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada Mac lalu.

Salah satu dari agenda Perhimpunan Agung Khas UMNO adalah meminda perlembagaan parti berhubung fasal pemilihan dilakukan dalam waktu yang sesuai dengan memaktubkan pemilihan parti hendaklah diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

Ini bagi memastikan seluruh kekuatan parti dapat digemblengkan bagi menghadapi pilihan raya umum tanpa sebarang ancaman dan risiko perpecahan.

Difahamkan majlis itu dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekitar jam 2.30 nanti.

Seterusnya, ucapan pesanan oleh Pengerusi Tetap UMNO Malaysia dan disusuli pembentangan pindaan Perlembagaan UMNO oleh Naib Presidennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selepas itu, keputusan pembentangan akan diumumkan dan majlis diakhiri dengan Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-76 dengan simbolik memotong pulut kuning.

Selesai perhimpunan, semua perwakilan bakal menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Malaysia yang diadakan di Dewan Tun Razak dan Dewan Tun Hussein Onn.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

745
Kongsi :
Previous post Ismail Sabri harap belia lebih celik, cakna sistem demokrasi berparlimen
Next post Sultan Perak perkenan terima permohonan Dr Afifi letak jawatan
Ubah saiz-+=