
Pesawat terhempas di Cameroon, tiada mangsa selamat
YAOUNDE, 13 Mei – Tiada mangsa terselamat ditemui selepas sebuah pesawat kecil yang membawa 11 orang terhempas di hutan di wilayah Pusat Cameroon pada Rabu, lapor Xinhua, memetik media rasmi CRTV.
Menurut pegawai Akbert Nagan dari Sanaga di wilayah tengah, tiada mangsa terselamat ditemui di bahagian Bibey, ciap CRTV di Twitter petang Khamis.
Pesawat dengan 9 penumpang dan 2 anak kapal itu dalam perjalanan dari ibu kota Yaounde ke stesen pam di Dompta di wilayah Utara negara itu, apabila ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara, menurut kenyataan media Syarikat Pengangkutan Minyak Cameroon.
Mangsa adalah pekerja syarikat minyak yang menyelenggara saluran paip hidrokarbon antara Cameroon dan Chad yang berjiran.
Media tempatan mengaitkan punca nahas itu berpunca daripada puting beliung.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
