PM Ismail Sabri bertemu pegawai-pegawai kanak syarikat utama Amerika

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

WASHINGTON D.C, 12 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika di sini pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Syarikat itu termasuklah Microsoft, Google, Tesla, Boeing, IBM, Texas Instruments, GE Aviation, Conoco Phillips, Ford, National Instruments, Infineon, Micron dan Insulet.

Ismail Sabri menemui mereka pada sesi pertemuan perniagaan di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri Malaysia, yang tiba di sini pada Rabu, dalam lawatan kerja selama empat hari ke Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai kanan itu termasuk Presiden Boeing untuk Asia Tenggara Alexander Feldman, Ketua Dasar Persekutuan Tesla Hasan Nazar, Naib Presiden Korporat Hal Ehwal Awam Micron Courtney Geduldig.

Presiden bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco Dave West, Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google Karan Bhatia serta Naib Presiden dan Ketua Perhubungan Kerajaan Global Texas Instrument Steve Bonner.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali serta Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Malaysia dan tiga entiti Amerika, iaitu World Innovation, Technology and Services Alliance (WITSA), Accenture PLC dan Human Resource Certification Institute (HRCI).- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

940
Kongsi :
Previous post Piala Thomas: Pemain Malaysia Telah lakukan yang terbaik – Ahmad Faizal
Next post PM Ismail Sabri bertemu Presiden Biden, pemimpin ASEAN di Rumah Putih
Ubah saiz-+=