
Sedia mansuh upah potong ayam sekiranya harga siling dinaikkan
BACHANG 11 Mei – Peniaga ayam di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, sedia memansuhkan upah memotong ayam sekiranya kerajaan menaikkan harga siling bahan mentah itu.
Pada 9 April lalu kira-kira 20 peniaga ayam bersepakat mengenakan caj memotong ayam sebanyak RM0.60 untuk setiap satu kilogram (kg).
Caj itu dikenakan kepada pembeli bagi menampung kos operasi selepas kerajaan menetapkan harga siling ayam RM8.90 satu kg.

Peniaga ayam Ghazali Abu Bakar berkata, mereka sepakat mengenakan caj itu bagi menampung kos operasi berikutan harga diterima daripada pembekal adalah antara RM8.60 hingga RM8.80 satu kg.
“Kalau kerajaan setuju menaikkan kembali harga antara RM9.60 hingga RM9.80 satu kg kami akan mansuhkan caj berkenaan, pembeli tidak lagi marah.
“Saya akui ramai pembeli mempersoalkan cak dikenakan, tapi kami beri penerangan kepada mereka. Harap cadangan kami dipertimbangkan,” katanya.
Seorang lagi peniaga Hamzah Osman turut menyuarakan nada sama apabila meminta harga siling ayam dikaji kembali.
“Caj ini dikenakan untuk kami peniaga menampung kos operasi bukannya mahu bebankan pembeli.
“Sekiranya harga siling dinaikkan kami sedia untuk tidak lagi kenakan upah potong ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...