Sorting by

×

Pejabat  PDTMT di Wisma Negeri ‘banjir’

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH 10 Mei – Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) di aras bawah dan satu bangunan Wisma Negeri ‘banjir’ selepas sistem pancuran air melawan kebakaran aktif susulan litar pintas malam tadi.

Tinjauan dilakukan Melaka Hari Ini mendapati pejabat pendaftar di tingkat bawah bangunan berkenaan terjejas teruk dengan lantai dipenuhi air separas buku lali.

Selain itu resapan air dari tingkat satu turut mengakibatkan berlakunya runtuhan sebahagian siling di ruang pejabat di aras bawah.

RAHMAD meninjau runtuhan siling di Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Wisma Negeri yang terjejas dengan limpahan air akibat kejadian litar pintas. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini pasukan komuniti khas Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar menyebabkan litar lintas.

“Sistem melawan kebakaran yang aktif berjaya mengelakkan kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas merebak. Pemeriksaan dilakukan mendapati tidak ada kerosakan membabitkan dokumen disimpan di pejabat ini.

“Susulan kejadian ini PDTMT diarahkan tutup bermula hari ini hingga Selasa depan dan nilai kerosakan sebenar dijangka diperolehi selepas siasatan dilaksanakan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauannya di pejabat PDTMT, di sini petang tadi.

KERJA mengepam air yang dijalankan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, seorang kakitangan PDTMT ketika ditemui memaklumkan mereka terpaksa menggunakan pam elektrik untuk menyedut air yang bertakung.

“Kerja membersihkan pejabat dimulakan sejak jam 11 pagi, pada mulanya kami menggunakan kaedah manual namun mengambil masa yang panjang kerana air belum kering hingga terpaksa menggunakan pam elektrik.

“Atas sebab keselamatan kami mematikan punca elektrik dan menggunakan suis dari pejabat sebelah untuk menghidupkan pam,” katanya.

Pekerja membantu membersihkan keadaan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Wisma Negeri yang terjejas dengan limpahan air akibat kejadian litar pintas. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1661
Kongsi :
Previous post Sabah pengeksport tertinggi minyak sawit bernilai RM1.8 bilion pada Mac
Next post MOT, KPKT rangka garis panduan penggunaan kenderaan mikromobiliti
Ubah saiz-+=