Sorting by

×

Saya teguh menyokong pentadbiran Sulaiman – Muhammad Jailani

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 10 Mei – Keperibadian Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang sentiasa merendah diri dan mementingkan kesejahteraan rakyat menjadi faktor utama kepemimpinan beliau perlu diteruskan serta disokong sepenuhnya semua pihak.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, sejak diberi kepercayaan menerajui Melaka, Sulaiman amat cakna dengan masalah rayat khusus ketika berdepan ancaman wabak COVID-19.

Katanya Sulaiman juga aktif menyalurkan bantuan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), selain membantu mangsa banjir, peniaga kecil dan golongan B40 di Melaka.

“Saya tidak menolak kemungkinan sekiranya ada pihak yang cuba untuk menggugat kelancaran kepemimpinan Sulaiman ketika ini ia bakal menyebabkan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kerajaan akan terhakis.

“Pendirian saya, kita mesti sokong Sulaiman sebagai Ketua Menteri kerana beliau seorang yang baik. Saya yakin rakyat sangat sayang dan suka kepada beliau,” katanya pada sidang media di Taman Tasik, di sini hari ini.

Muhammad Jailani yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan wujud gerakan memaksa Sulaiman untuk menandatangani surat peletakan jawatan.

“‘No komen’ mengenai perkara itu, bagi saya Sulaiman adalah pemimpin yang buat kerja, menjalankan tugasnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

575
Kongsi :
Previous post PGA rampas rokok tidak bercukai bernilai RM2 juta
Next post Nasib tiga rakan, ke penjara, didenda
Ubah saiz-+=