Muhamad Akmal hadiah 1,000 kuntum bunga buat para ibu
MERLIMAU 8 Mei – Mengambil inspirasi dari zaman belajar di bandar Moscow, Rusia Exco Kesihatan Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi 1,000 kuntum bunga buat golongan ibu di Merlimau.
Menurutnya, pemberian bunga itu sebagai tanda penghargaan kepada ibu selain sebagai simbolik kasih sayang kepada seorang ibu.
“Alhamdulillah tiada ungkapan selain terima kasih kita ucapkan pada semua ibu, hari ini istimewa sikit sebagai tanda penghargaan saya beri 1,000 kuntum bunga daisy kepada mereka yang lalu di Bandar Merlimau.
“Idea ini bermula daripada zaman saya belajar di Moscow, Rusia, orang Rusian mereka sangat menghargai wanita, mereka akan bagi bunga percuma kepada wanita kali hari wanita sebagai tanda menghargai.
“Dengan ingatan saya menggunakan tagline ‘tanpa ibu siapalah kita’, saya harap pemberian bunga ini dapat meraikan mereka yang bergelar ibu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada MHI selepas memberikan sekuntum bunga kepada para ibu di Bandar Merlimau di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Muhamad Akmal turut mengucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu sama ada di Melaka, Malaysia atau seluruh dunia.
“Saya Dr Muhamad Akmal Saleh mengucapkan hari ibu kepada semua ibu di Melaka, Malaysia dan seluruh dunia dengan ucapan tanpa ibu siapalah kita,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.