KKM akan siasat dakwaan wujud kempen saringan darah palsu perdaya warga emas
PUTRAJAYA, 8 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan wujud kempen saringan darah palsu bermotifkan penjualan produk kesihatan tambahan yang menyasarkan golongan warga emas.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pihak terbabit.
“Sebarang kempen kalau dikenal pasti palsu, kita mesti siasat segera dan kenakan tindakan sewajarnya. Tindakan undang-undang adalah di bawah bidang kuasa PDRM.
“Kita tidak mahu rakyat terutama golongan warga emas jadi mangsa dan terpedaya dengan kempen seumpama ini,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan khas sebuah akhbar tempatan tentang kegiatan ejen jualan langsung yang menganjurkan kempen saringan darah di Lembah Klang bagi memperdaya golongan warga emas untuk membeli produk makanan kesihatan tambahan keluaran syarikat terbabit.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ADUN REMBIA KINI DI BLOK PEMBANGKANG
SERI NEGERI 27 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia diisytihar berada dalam blok pembangkang berkuat kuasa serta-merta. Perkara...
SIDANG DUN MELAKA (BAJET 2025) BERMULA HARI INI
AYER KEROH 27 Disember - Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Seri Negeri,...
AHMAD AZLAN DILANTIK PENGURUS BESAR CMI BERMULA 1 JANUARI 2025
AYER KEROH 27 Disember - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bakal diterajui Pengurus Besar baharu iaitu Datuk Ahmad Azlan Ahmad...
TUKANG WAYAR DIDAKWA PECAH MASUK RUMAH PENGURUS SYARIKAT
KUALA LUMPUR 26 Disember - Seorang tukang wayar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...
TIGA NELAYAN MANGSA BOT HANYUT DISERAH KEPADA INDONESIA
IPOH 26 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menyerahkan tiga nelayan warga Indonesia kepada wakil...
DUA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN KERETA DAN LORI
JOHOR BAHRU 26 Disember - Dua lelaki tempatan maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan kereta dan lori di...