Aliran trafik terkawal, hanya beberapa kawasan alami kesesakan
KUALA LUMPUR, 8 Mei – Aliran trafik di lebuh raya utama dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa kawasan di utara, selatan dan timur menuju ke Lembah Klang setakat tengah hari ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan dari timur ke Lembah Klang, kesesakan sepanjang 21 kilometer berlaku dari Karak hingga Bukit Tinggi.
“Aliran trafik dari utara dan selatan ke Lembah Klang berada dalam keadaan terkawal dan kesesakan dilaporkan berlaku di kawasan ‘hot spot’ Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Ipoh Selatan ke Simpang Pulai, kawasan mendaki di Gua Tempurung ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Kata jurucakap berkenaan, bagi laluan dari selatan, kesesakan berlaku di Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Port Dickson.
Tol percuma PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang bermula tengah malam semalam akan berakhir pada 11.59 malam ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
5 PREMIS JUDI DI JASIN DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK
JASIN 8 November - Bekalan elektrik ke lima premis disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian sekitar daerah ini dipotong...
PESTA KONVO UTEM DIJANGKA GAMIT 50,000 PENGUNJUNG
DURIAN TUNGGAL 8 November - Seramai 50,000 pengunjung dijangka membanjiri Pesta Konvo Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2024 (PESKOUTeM20) yang...
MTL DIJANGKA KEMUNCAK PADA PENGHUJUNG NOVEMBER
PUTRAJAYA 8 November - Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di...
PERKHIDMATAN KESIHATAN PSH DIIKTIRAF ANTARA YANG TERBAIK
BANDARAYA MELAKA 8 November - Putra Specialist Hospital (PSH) menerima Pensijilan Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi...
PELAJAR MAUT DITIMPA BAHAN BINAAN
KUALA TERENGGANU 8 November - Seorang pelajar berusia 17 tahun maut selepas ditimpa bahan binaan di sebuah lot kedai, di...
LIMA HOSPITAL DI MELAKA TERIMA PENGIKTIRAFAN MSQH
BANDARAYA MELAKA 8 November - Lima hospital di negeri ini memperoleh Pensijilan Penuh Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health...