Sorting by

×

Lima pemandu mabuk ditahan di Johor Bahru

Masa Membaca:54 Saat

JOHOR BAHRU, 8 Mei – Polis menahan lima lelaki selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Selamat di sekitar kawasan Taman Ungku Tun Aminah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua individu yang berumur antara 23 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan Bahagian Siasatan Perundangan Trafik JBU sekitar pukul 1 hingga 4 pagi.

“Kita bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap pemandu yang memandu melebihi paras alkohol yang dibenarkan dan operasi kali ini kita berjaya kesan lima pemandu mabuk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Rupiah berkata dalam operasi berkenaan seramai 81 individu dan 60 kenderaan diperiksa.

“Pihak polis akan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan dengan tegas demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihati pemandu agar sentiasa fokus dan berhati-hati di jalan raya sekali gus mengekalkan pemanduan yang selamat.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

601
Kongsi :
Previous post Atlet judo Melaka ingin tebus kekalahan di Sukan Sea Hanoi
Next post Aliran trafik terkawal, hanya beberapa kawasan alami kesesakan
Ubah saiz-+=