Sorting by

×

Dua parah kenderaan bertembung

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

ALOR GAJAH 8 Mei – Dua parah apabila sebuah kereta dirempuh kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan di Jalan Pegoh, di sini hari pagi tadi.

Mangsa yang cedera adalah seorang lelaki yang memandu kereta jenis PROTON Wira berusia 24 tahun dan seorang wanita yang menaiki 4WD berusia 33 tahun.

Suami kepada wanita terbabit berusia 34 tahun serta dua lagi anak lelaki mereka masing-masing berusia 11 bulan dan enam tahun bagaimanapun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati 4WD berkenaan dalam perjalanan dari Gadek menghala ke Jelatang manakala PROTON Wira terbabit dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Katanya, sebaik tiba di satu selekoh di lokasi kejadian, pemandu 4WD dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke lorong bertentangan dan merempuh kereta mangsa.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan seorang penumpang 4WD cedera dan dihantar ke Hospital Alor Gajah dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

“Kedua-dua mangsa dirawat di Zon Merah hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup namun saksi bebas diminta tampil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

“Keadaan jalan raya berselekoh dan mempunyai satu lorong dua hala manakala keadaan cuaca baik dan cerah.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1546
Kongsi :
Previous post Malaysia tidak iktiraf sekatan unilateral, tidak menyelebahi mana-mana pihak – Saifuddin
Next post Melaka mahu jadi ‘kilang’ pengeluaran jurulatih judo
Ubah saiz-+=