Polis tahan seorang lelaki berhubung kes buli di Taiping
TAIPING, 8 Mei – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai ditampar dan dibuli di kawasan Taman Tasik Taiping di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata suspek yang tidak bekerja berumur 22 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada 10.45 malam tadi.
“Suspek ditahan reman tiga hari mulai hari ini hingga Selasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, polis mengesan satu video berdurasi seminit dua saat yang ditularkan di laman sosial Facebook bertajuk ‘Budak OKU lelaki Melayu kena tampar dan dibuli di Taman Tasik Taiping’.
Ekoran daripada penularan video tersebut, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
Osman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berumur 13 tahun seorang diri beriadah menggunakan basikal di taman itu dan motif kejadian berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa.
Beliau berkata mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan siasatan sedang diteruskan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GOVERNOR CUP, PIALA TOH PUAN 2024 HANGATKAN KALENDER SUKAN HUJUNG TAHUN
AYER KEROH 9 November - Kejohanan Liga Bola Sepak 'Governor Cup' Edisi Ketiga 2024 dan Liga Bola Jaring Piala Toh...
5 PREMIS JUDI DI JASIN DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK
JASIN 8 November - Bekalan elektrik ke lima premis disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian sekitar daerah ini dipotong...
PESTA KONVO UTEM DIJANGKA GAMIT 50,000 PENGUNJUNG
DURIAN TUNGGAL 8 November - Seramai 50,000 pengunjung dijangka membanjiri Pesta Konvo Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2024 (PESKOUTeM20) yang...
MTL DIJANGKA KEMUNCAK PADA PENGHUJUNG NOVEMBER
PUTRAJAYA 8 November - Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di...
PERKHIDMATAN KESIHATAN PSH DIIKTIRAF ANTARA YANG TERBAIK
BANDARAYA MELAKA 8 November - Putra Specialist Hospital (PSH) menerima Pensijilan Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi...
PELAJAR MAUT DITIMPA BAHAN BINAAN
KUALA TERENGGANU 8 November - Seorang pelajar berusia 17 tahun maut selepas ditimpa bahan binaan di sebuah lot kedai, di...