Dua penunggang Y15 terima ‘surat’ raya

Masa Membaca:46 Saat

ALOR GAJAH 8 Mei – Keseronokan dua penunggang motosikal pulang beraya bertukar malang apabila disaman sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, semalam.

Ia ekoran kedua-dua penunggang motosikal itu didapati melanggar peraturan pengangkutan jalan ditetapkan antaranya menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’, tidak memasang cermin sisi dan ubah suai motosikal tidak mengikut spesifikasi.

Dalam penahanan tersebut, kedua-dua penunggang yang juga merupakan rakan sekerja itu sedang dalam perjalanan dari arah Alor Gajah ke Johor Bahru melalui Plaza Tol Simpang Ampat.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati, mereka yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna ungu itu turut membuat pengubahsuaian di bahagian ekzos dan badan kenderaan.

Atas pelbagai kesalahan itu, kedua-dua mereka masing-masing menerima lebih daripada satu keping saman beserta amaran dari pihak polis.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka kelihatan tenang sewaktu diminta memberhentikan kenderaan dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1001
Kongsi :
Previous post Aidilfitri: 168 kemalangan, satu maut di daerah Alor Gajah
Next post Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana hari ini
Ubah saiz-+=