‘Lautan’ manusia meriahkan Rumah Terbuka DUN Sungai Udang
SUNGAI UDANG 7 Mei – Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, malam ini.
Majlis anjuran Penyelaras DUN Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad itu diadakan di Kompleks JAPERUN Sungai Udang bermula pada jam 8 hingga 11 malam.
Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman yang tiba kira-kira jam 8.45 malam.
Sejam selepas itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop tiba di majlis berkenaan dan disambut pemimpin setempat yang lain.
Sulaiman turut meluangkan masa menyantuni ribuan pengunjung yang hadir ke rumah terbuka berkenaan.
Menariknya, selain hidangan pelbagai jenis makanan yang enak-enak, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan artis legenda Datuk Hail Amir.
Selain itu, kelibat beberapa beca ikonik Melaka turut ditempatkan di majlis berkenaan bagi membantu menjemput dan menghantar pengunjung yang meletakkan kenderaan jauh dari lokasi majlis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GENG RXZ BOLEH BERGAMBAR DI 6 LOKASI ‘INSTAWORTHY’ SEKITAR JASIN – MPJ
JASIN 24 November - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan enam lokasi 'instaworthy' untuk peserta RXZ Members Ride Edition Melaka Chapter...
SEMAKIN RAMAI AMAL KITAR SEMULA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 24 November - Hampir 45 tan jumlah barangan kitar semula di Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK) di Taman...
SUNGAI RAMBAI DAPAT KLINIK KESIHATAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 24 November - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai bakal menerima klinik kesihatan baharu yang akan menggantikan...
MELAKA AKAN PERKENAL JALAN ‘BYPASS’ KE BANDA HILIR
AYER KEROH 24 November - Satu laluan 'bypass' baharu akan diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memudahkan akses orang ramai ke Banda...
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...