
PM Singapura bakal terima darjah kebesaran negeri Johor
SINGAPURA, 5 Mei – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching bakal dianugerahkan darjah kebesaran utama negeri Johor daripada Sultan Ibrahim Iskandar dalam satu majlis di Johor pada Jumaat (6 Mei), lapor The Straits Times.
Memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), menurut laporan itu Lee dan Ho akan melawat Johor bagi menghadiri majlis itu yang akan diadakan di Istana Besar di Johor Bahru.
Lee bakal dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ).
Sebelum ini bekas perdana menteri Lee Kuan Yew dan bekas menteri undang-undang E. W. Barker pernah menerima anugerah sama pada 1984 diikuti bekas perdana menteri Goh Chok Tong pada 1991.
Sementara itu, Ho menjadi warga Singapura pertama dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ).
Lee dan isteri akan diiringi Menteri Hal Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang K. Shanmugam, dan pegawai PMO dan kementerian Luar, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi dan Penerangan.
Sultan Ibrahim juga akan meraikan Lee dan Ho dalam jamuan tengah hari. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...