Sorting by

×

Feri pertama dari Dumai tiba di Melaka selepas dua tahun

Masa Membaca:41 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Mei – Seramai 175 penumpang feri dari Dumai, Indonesia selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Laksamana kira-kira jam 12.20 tengah hari, di sini hari ini.

Penumpang yang menaiki feri Indomal Kingdom selamat tiba kira-kira sejam selepas berlepas dari pelabuhan Dumai di republik itu.

MUHAMMAD Jailani menyambut ketibaan penumpang feri. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ketibaan feri pertama selepas hampir dua tahun tidak berlabuh di negeri ini  disambut EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis serta kakitangan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka.

Feri Indomal Kingdom yang dikendalikan sembilan krew dijadualkan memulakan perjalanan membawa kira-kira 200 penumpang dari Melaka ke Dumai kira-kira jam 11.30 pagi esok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2286
Kongsi :
Previous post TYT hadir ke Rumah Terbuka Dr Azizan Osman
Next post 2,600 guru COS dijangka disambung – Radzi
Ubah saiz-+=