Sorting by

×

Peniaga DUN Kuala Linggi beri kerjasama, tidak naikkan harga – Rosli

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KUALA LINGGI 4 Mei – “Terima kasih buat peniaga yang sanggup beroperasi dan berniaga di malam raya bagi membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan.

“Kita semua tidak sangka akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, jadi ada yang tidak membuat persiapan,” itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Rosli Abdullah.

Menurutnya, sikap peniaga di kawasan itu yang memutuskan untuk melanjutkan operasi wajar dipuji.

“Seperti yang kita tahu sebaik diumumkan pada Isnin raya, ramai yang bergegas keluar untuk mendapatkan barangan keperluan.

“Terima kasih kepada peniaga di Kuala Linggi ini kerana memahami serta dapat memenuhi permintaan daripada penduduk, dan berniaga sehingga jam 4 hingga 5 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), di JAPERUN Kuala Linggi, hari ini.

Antara kenamaan hadir memeriahkan majlis adalah Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Speaker DUN Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum.

Rosli berkata, walaupun sambutan Aidilfitri penuh kejutan, sehingga ada yang membuat persiapan disaat akhir namun peniaga tidak bersikap mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan.

“Saya difahamkan tidak berlakunya kekurangan bekalan dan mencukupi malah kenaikan harga barangan juga tiada dikesan.

“Harga dikenakan peniaga memang mengikut yang sudah ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

831
Kongsi :
Previous post ‘Kalau boleh hari ini nak pulang Dumai sambut raya’ – penumpang
Next post Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Ubah saiz-+=