
Aidilfitri: Aliran trafik menghala Utara, Selatan perlahan malam ini
- KUALA LUMPUR, 2 Mei – Aliran trafik di beberapa lebuh raya serta jalan utama menuju ke utara dan selatan, bergerak perlahan malam ini berikutan masih ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena Aidilfitri hari ini.
Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 malam ini mendapati, aliran trafik perlahan di laluan Simpang Pulai ke Ipoh (Selatan).
Selain itu, aliran trafik juga perlahan di laluan dari Sedenak ke Hentian Sebelah Kulai arah selatan, dengan jangkaan kelewatan masa perjalanan.
Sementara itu, maklumat awal LLM memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta di Kilometer 20 arah barat dari Batu Kawan ke Batu Maung, pada pukul 9.47 malam tadi.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...