
Aidilfitri: Peniaga santan berdepan kerugian sehingga RM10,000
BATU BERENDAM 2 Mei – Seorang Peniaga santan di Pasar Borong, di sini berdepan kerugian sehingga RM10,000 selepas ramai pelanggan membatalkan tempahan pada saat akhir selepas Hari Raya Aidilfitri diumum sehari lebih awal.
Pengusaha Santan Segar Anakku Berkat, Fazilah Mohamad Salleh berkata pengumuman sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Isnin amat mengejutkan dan diluar jangkaan.
Katanya, dia terpaksa menanggung kerugian sehingga RM10,000 berikutan ramai pelanggannya membatalkan pembelian santan saat akhir.
“Bila berlaku keadaan seperti ini memang saya berdepan dengan kerugian kerana banyak tempahan diterima terpaksa dibatalkan.
“Saya banyak terima tempahan daripada peniaga jadi apabila sudah raya mereka tidak berniaga, ada peniaga ambil 40 kilogram (kg) hingga 60 kg untuk meniaga lemang dan dodol.
“Sekarang ini saya cuba telefon pelanggan yang sudah buat tempahan untuk mendapatkan kepastian sama ada tempahan dibuat itu mereka akan diambil atau sebaliknya. Jika mereka masih mahu kami akan siapkan,” katanya.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di Pasar Borong itu mendapati hanya dua buah kedai sahaja dibuka dan selebihnya tutup.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...