Trafik lancar di Tol Ayer Keroh setakat jam 1 petang
ALOR GAJAH 1 Mei- Aliran trafik di pintu keluar dan masuk Melaka menerusi Plaza Tol Ayer Keroh di sini dalam keadaan lancar.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) setakat jam 1 tengahari tadi mendapati tiada kesesakan berlaku di kedua-dua hala.
Namun kenderaan dilihat bertali arus diatas jalan raya ditambah dengan keadaan cuaca hujan renyai dan jalan basah.
Pengguna lebuh raya yang mendapatkan tol percuma hari ini bagaimanapun disaran untuk keluar dari lebuh raya sebelum 11.59 malam ini bagi mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan luar biasa.
Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan di Twitternya mengingatkan orang ramai yang mahu mendapatkan inisiatif tol percuma supaya bergerak keluar dari plaza tol keluar lebuh raya sebelum jam 11.59 malam Ahad.
LLM turut menyarankan orang ramai supaya keluar terlebih dahulu di plaza tol berhampiran sekiranya mendapati sudah menghampiri tempoh tamat mendapatkan tol percuma.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
26 DITAHAN TERLIBAT JUDI LAGA AYAM DI TAPAH
IPOH 26 Disember - Polis menahan 25 lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia kerana dipercayai terbabit dalam perjudian sabung ayam...
UTEM BANTU URUS JENAZAH NURUL SYAFIQAH, NURHANIS AFRYNA
AYER KEROH 26 Disember - Pihak pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu menguruskan proses menghantar pulang jenazah dua pelajarnya...
MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT AHAD INI
AYER KEROH 26 Disember 2024 - Orang ramai khusus umat Islam Negeri Melaka dipelawa untuk beramai-ramai memeriahkan program Melaka Berselawat...
MAIM PRIHATIN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK KAYFAZ
AYER KEROH 26 Disember - Meskipun sedang bercuti, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi mengikuti perkembangan anak-anak Kompleks Anak Yatim...
PENGHANTAR BARANG, JURUANALISIS DIDAKWA JADI ‘KELDAI AKAUN’ DENGAN SERAH KAD ATM
BALIK PULAU 26 Disember - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua...
PROGRAM TARIF ELEKTRIK HIJAU DITERUSKAN BAGI 2025 DENGAN KADAR PREMIUM SAMA
PUTRAJAYA 26 Disember - Program Tarif Elektrik Hijau (GET) akan diteruskan pada 2025 dengan penawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600 GigaWatt jam...