Alza terbabas nyaris masuk anak sungai
AYER LIMAU 30 April – Dua warga emas cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan tersangkut di atas Jambatan Sungai Siput di Jalan Lubok China, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu berkenaan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku selepas hujan apabila kereta jenis Perodua Alza itu hilang kawalan dan terbabas sendiri melanggar besi papan tanda di bahu jalan
Katanya, akibat pelanggaran itu, kereta berkenaan tersangkut di atas Jambatan Sungai Siput.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi kejadian terdapat satu lorong dua hala dengan keadaan cuaca selepas hujan dan permukaan jalan licin.
“Mangsa pemandu tidak mengalami kecederaan manakala dua penumpang warga emas mengalami mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang dan menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Masjid Tanah ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, katanya, dua mangsa berkenaan telah dibawa ke hospital dan anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengalihkan serpihan kenderaan di kawasan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TRAGEDI KM204: 7 DISAHKAN MAUT, IDENTITI SEBAHAGIAN MANGSA DIKENAL PASTI
ALOR GAJAH 24 Disember - Seramai tujuh mangsa disahkan terkorban dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204, Lebuhraya...
SEKURANG-KURANGNYA 6 MAUT DALAM KEMALANGAN DI KILOMETER 204
ALOR GAJAH 23 Disember - Sekurang-kurangnya enam maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran, treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV)...
12 KES TUNTUTAN LIBATKAN KONTRAKTOR RUMAH BABITKAN NILAI LEBIH RM200,000
MELAKA 23 Disember - Sebanyak 12 kes melibatkan kontraktor rumah direkodkan membabitkan nilai tuntutan berjumlah RM237,794 bagi tempoh 1 Jan...
MPHTJ HARGAI 130 AGENSI KERAJAAN, SWASTA, NGO DAN MEDIA
BANDARAYA MELAKA 23 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menghargai 130 agensi kerajaan, swasta, NGO, pemimpin kawasan dan...
MIHF’24 CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM6.2 JUTA
AYER KEROH 23 Disember - Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings...
JUAL BOT LAMA ATAU GUNA UNTUK TUAI HASIL KUPANG, KERANG
SUNGAI RAMBAI 23 Disember - Nelayan di negeri ini kini mempunyai pilihan sama ada menjual atau terus menggunakan bot lama milik...