
Trafik di lebuh raya, jalan-jalan utama semakin sesak
KUALA LUMPUR, 30 April – Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menuju ke utara, selatan dan Pantai Timur semakin sesak berikutan orang ramai balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga pukul 2 petang tadi mendapati trafik semakin sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Di utara, kesesakan dilaporkan berlaku sejauh 8.1 kilometer dari Bukit Tambun ke Jawi, manakala kenderaan juga bergerak perlahan arah selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.
Di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) trafik sesak selepas Sentul Pasar ke Greenwood terus ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, serta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak terus ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter diĀ www.twitter.com/LLMinfotrafik. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...