
Rumah Terbuka DUN Pantai Kundor pada 20 Mei
PANTAI KUNDOR 30 April – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor bakal menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 20 Mei depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi berkata, rumah terbuka itu bakal diadakan di Pentas Budaya Pantai Puteri bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 15,000 pengunjung akan menghadiri majlis berkenaan yang diadakan secara besar-besaran buat pertama kali selepas dua tahun pandemik COVID-19 melanda.
“Kami di JAPERUN Pantai Kundor menjemput orang ramai dijemput hadir memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri tahun ini.
“Sesiapa sahaja boleh datang kerana tahun ini memang kita merancang jamuan raya perdana.
“Insya-Allah jika tiada aral, majlis itu juga akan diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...