Sorting by

×

Feri Dumai tiba di Melaka pada raya ketiga

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 29 April – Melaka bakal menerima kehadiran pelancong Indonesia buat kali pertama selepas dua tahun pada Hari Raya Aidilfitri ketiga, 5 Mei ini.

Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dalam satu kenyataan memaklumkan majlis menyambut kehadiran pelancong itu akan diadakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana yang akan disempurnakan EXCO Pelancongan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Menurut kenyataan itu, majlis berkenaan dijangka akan diadakan bermula jam 12.50 tengah hari.

“Feri pertama dari Dumai-Melaka itu dijangka tiba pada jam 1 tengah hari dan tetamu akan mula berada di lokasi pada jam 12.50 tengah hari.

“Difahamkan feri berkenaan mampu memuatkan sehingga 280 penumpang, namun jumlah sebenar yang akan tiba di Melaka masih belum dapat dipastikan,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, kehadiran pelancong dari Indonesia melalui jalan laut itu selaras dengan pengumuman kerajaan membuka semula sempadan maritim bermula 5 Mei.

Sebelum ini, Melaka menjangkakan sekurang-kurangnya 200 pengembara dari Indonesia akan tiba di Melaka sebaik pintu sempadan laut dibuka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1569
Kongsi :
Previous post Belia tiga daerah Melaka berjaya khatam al-Quran
Next post Pasport: Imigresen mansuhkan sistem temujanji online, panjangkan waktu operasi kaunter
Ubah saiz-+=