TYT Melaka rai pengamal media
BUKIT BERUANG 28 April – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam meraikan pengamal media dalam majlis berbuka puasa di Istana Melaka, hari ini.
Kira-kira 70 pengamal media pelbagai agensi di negeri ini menghadiri jemputan berkenaan.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini (MHI) Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Timbalan Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA), Baharudin Mohamed dan ketua-ketua biro pelbagai agensi media di negeri ini.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Imam jemputan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Muhammad Izzat Mohd Dzulrushdi.
Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan sebelum Tun Mohd Ali dan pengamal media yang hadir menunaikan solat Maghrib berjemaah disusuli solat Isyak dan Tarawih berjemaah.
Dalam majlis sama, Melaka Hari Ini sempat menyerahkan cenderahati kepada Tun Mohd Ali yang disampaikan Abdul Jalil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SK BEMBAN ‘A’, SK MALIM JUARA LIGA HOKI MELAKA
DUYONG 13 Januari - Liga Hoki Melaka 2024/2025 Kategori Bawah 12 Tahun melabuhkan tirai dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban 'A'...
ANUGERAH CEO OF THE YEAR GALAK PERSAINGAN SIHAT
AYER KEROH 13 Januari - Inisiatif meneruskan Anugerah 'The Best CEO of The Year Awards' menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan...
MAHASISWA UTEM SANTUNI ASNAF, GELANDANGAN KOTA RAYA
DURIAN TUNGGAL 13 Januari - Kelab TUAH Volunteer Team (TVT) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyantuni golongan asnaf dan gelandangan...
I.N.T.E.G.R.I.T.I PEGANGAN PENJAWAT AWAM BERKUALITI
AYER KEROH 13 Januari - Sembilan pemboleh daya berdasarkan akronim INTEGRITI perlu dijadikan panduan untuk menjadi penjawat awam berkualiti, kata...
MELAKA TERUSKAN ANUGERAH ‘THE BEST CEO OF THE YEAR’
AYER KEROH 13 Januari - Bagi memantau dan memastikan prestasi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berkualiti, Anugerah 'The Best CEO of...
MELAKA HAB EKONOMI DINAMIK 2025
AYER KEROH 13 Januari - Melaka mengekalkan sasaran unjuran nilai pelaburan RM5 bilion pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...