PBT diminta ceriakan suasana malam di Asahan sempena Aidilfitri

Masa Membaca:57 Saat

ASAHAN 29 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menceriakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan dengan memasang lampu-lampu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurutnya, sehingga hari ini di DUN berkenaan kelihatan masih suram dan malap terutamanya pada waktu malam berikutan tiada pencahayaan atau lampu-lampu berwarna-warni.

“Saya minta supaya PBT ceriakan Bandar Selandar, Nyalas dan Asahan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kawasan pekan ini sangat malap dan suram setakat ini.

“Kalau kita tengok di Alor Gajah dan Masjid Tanah sudah ada lampu raya berbentuk ketupat dan sebagainya, tapi di sini bila waktu malam sangat suram dan sunyi sepi seolah-olah tiada semangat nak raya,” kata ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, inisiatif itu sebagai tarikan kepada orang ramai untuk datang ke DUN berkenaan pada setiap kali menyambut perayaan Aidilfitri.

“Saya minta supaya pihak PBT dapat ceriakan ketiga-tiga pekan ini, inisiatif ini untuk menarik minat orang datang ke DUN Asahan sekali gus memberi keceriaan malam raya jika anak rantau balik ke sini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

610
Kongsi :
Previous post Hampir 3,000 pegawai, anggota polis ditugaskan sepanjang Op Selamat
Next post 10,000 peluang pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron
Ubah saiz-+=