Boleh bersalaman di hari raya – Khairy

Masa Membaca:32 Saat

PUTRAJAYA 27 April – Umat Islam dibenarkan bersalaman pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin.

Katanya, orang ramai bagaimanapun perlu mencuci tangan atau menggunakan cecair pembasmi dengan segera tanpa menyentuh muka selepas itu.

Selain itu, katanya, majlis-majlis sambutan Aidilfitri seperti takbir rumah ke rumah, kunjung-mengunjung dan rumah terbuka turut dibenarkan dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Malah katanya, solat Sunat Aidilfitri turut dibenarkan dengan kapasiti 100 peratus ruangan masjid dengan syarat perlu membawa sejadah sendiri dan mengambil wuduk di rumah untuk mengurangkan kesesakan.

“Ziarah kubur juga dibenarkan dengan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

893
Kongsi :
Previous post Imbasan MySejahtera tidak lagi diwajibkan – Khairy
Next post Pasang CCTV bantu turunkan kes pecah rumah
Ubah saiz-+=