Terengganu umum 5 Mei cuti peristiwa, sekiranya Hari Raya 3 Mei – MB

Masa Membaca:45 Saat

KUALA TERENGGANU, 27 April – Kerajaan negeri Terengganu bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 5 Mei, sekiranya Hari Raya jatuh pada 3 Mei ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan hari ini.

“Oleh kerana sekiranya hari raya pertama pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei) adalah hari raya kedua yang sememangnya hari cuti. Jadi, Khamis (5 Mei) ‘tersepit’ di situ kerana Jumaat dan Sabtu (6 dan 7 Mei) adalah hari cuti di Terengganu.

“Jadi ia adalah untuk memudahkan para pekerja di sektor perkhidmatan kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Terengganu supaya mereka dapat terus berhari raya tanpa perlu datang bekerja pada Khamis (5 Mei),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1044
Kongsi :
Previous post Penghantar makanan didenda RM4,000 cabul wanita Indonesia
Next post JPJ periksa bas ekspres di depoh, terminal pastikan selamat beroperasi
Ubah saiz-+=